Lelaki larikan dua budak perempuan akan didakwa esok

Tular mengenai kejadian kanak-kanak yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Perodua Bezza di Jeram, pada Sabtu.
Tular mengenai kejadian kanak-kanak yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Perodua Bezza di Jeram, pada Sabtu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang penjual goreng pisang berusia 32 tahun, akan didakwa di Mahkamah Sungai Besar, di sini pada Khamis, berhubung kes melarikan dua kanak-kanak perempuan dengan menaiki Perodua Bezza, Jumaat lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan membabitkan lelaki tempatan itu telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri (PPN) Selangor.

"Kita mendapat arahan pendakwaan ke atas suspek bagi dua kesalahan, iaitu mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan bagi kesalahan melarikan kanak-kanak daripada jagaan yang sah.

"Jika sabit kesalahan, seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda," katanya, menerusi satu kenyataan media.

Sebelum ini tular di media sosial berhubung kehilangan dua kanak-kanak, yang didakwa diculik lelaki menaiki kereta jenis Perodua Bezza.

Menurut pihak polis, kejadian dipercayai berlaku semasa dua kanak-kanak yang tinggal berjiran itu, sedang bermain di sebuah taman perumahan, di sini.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa dijumpai berhampiran kawasan rumah berkenaan, dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan, sejam selepas dilaporkan hilang.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!