Bayi 2 bulan patah paha, pengasuh direman

Gambar tular dipercayai kanak-kanak berkenaan.
Gambar tular dipercayai kanak-kanak berkenaan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato' Onn di sini, Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 10. 50 pagi, hasil satu laporan polis.

"Pada pagi Selasa, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Johor Bahru Selatan telah bertindak menahan wanita berusia 36 tahun itu.

"Hasil semakan mendapati suspek tiada rekod lampau berkaitan kes jenayah dan malah, ujian air kencingnya turut mendapati suspek negatif dadah," katanya.

Suspek kini direman selama enam hari mulai Selasa hingga Isnin depan bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 memandangkan terdapat unsur-unsur pengabaian ke atas mangsa.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi terus talian hotline ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!