Paris 2024 bukan larian Olimpik terakhir Azeem

Azeem
Azeem
A
A
A

JAGUH pecut negara sensasi negara, Muhammad Azeem Fahmi tekad memastikan temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris bukan yang terakhir dalam kariernya.

Malah pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter (m) lelaki dengan 10.9 saat (s) yang akan beraksi di Paris 2024 atas tiket wild card tekad untuk layak secara merit pada edisi Los Angeles 2028 (LA2028).

“Siapa tahu mungkin pada ketika itu (LA2028) ada rezeki lebih besar... Selagi beraksi di Olimpik itu jadi matlamat supaya boleh menimba pengalaman bukan sahaja untuk saya sendiri tetapi untuk negara,” katanya selepas menerima tajaan barangan keperluan pertandingan Paris 2024 di Majlis Sukan Negara pada Rabu.

Atlet berusia 20 tahun itu dijadual berlepas ke Paris Ahad ini untuk membuat penampilan sulungnya di Olimpik dalam acara 100m di Stade de France bermula 3 Ogos ini.

Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard pula enggan memikirkan soal kehadirannya di Paris 2024 yang menjadi pertikaian beberapa pihak ketika ini.

Jelas jurulatih kelahiran Australia itu, misi utamanya di sana hanya untuk membantu Azeem berada dalam prestasi terbaiknya pada temasya sukan paling berprestij berkenaan.

Pada masa sama, Ballard memaklumkan sering berhubung dengan jurulatih Azeem, Ken Harnden, dengan menghantar analisis serta video sepanjang anak buahnya menjalani latihan di dalam negara bagi memastikan pelari dari Perak berkenaan memperoleh pengalaman positif dan motivasi di pentas Olimpik.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!