[VIDEO] Muhammad Adam tabah walaupun lahir tanpa telinga kanan

Muhammad Adam yang menggunakan alat bantuan pendengaran memerlukan lebih RM20,000 bagi menjalani pembedahan memasang implan pada telinga kanannya dalam waktu terdekat.
Muhammad Adam yang menggunakan alat bantuan pendengaran memerlukan lebih RM20,000 bagi menjalani pembedahan memasang implan pada telinga kanannya dalam waktu terdekat.
A
A
A

IJOK - [DIKEMASKINI] Seorang kanak-kanak memerlukan lebih RM20,000 sebagai kos pembedahan untuk memasang implan pada telinga kanannya.

Muhammad Adam Rayyan Rosmadi, 7, dilahirkan tanpa telinga kanan dan keluarganya berhasrat melakukan pembedahan supaya kanak-kanak itu dapat menjalani kehidupan normal terutama dalam aspek pembelajaran di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan (SK) Ijok.

Ibunya, Effariza Ahmad Nundin, 44, berkata, Muhammad Adam yang memakai alat bantuan pendengaran sejak berusia sembilan bulan adalah seorang murid yang mudah memahami pembelajaran di sekolah selain pertuturan dan pendengarannya didapati semakin baik.

"Dia (Muhammad Adam) memang suka belajar dan setakat ini sudah boleh membaca dua atau tiga suku perkataan serta mengaji Iqra'," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Effariza, melihat perkembangan itu dia dan keluarganya berhasrat melakukan pembedahan bagi membantu anak bongsu daripada enam beradik tersebut menjalani kehidupan lebih sempurna.

Bagaimanapun katanya, pembedahan untuk memasang implan pada telinga kanan Muhammad Adam memerlukan belanja lebih RM20, 000.

"Ketika ini, Muhammad Adam cuma bergantung kepada alat bantuan pendengaran yang dipinjam dari Hospital Sungai Buloh yang bernilai kira-kira RM8, 0000.

"Sekiranya pembedahan kecil ini berjaya, anak saya tidak lagi perlu memakai alat bantuan pendengaran sepenuh masa itu yang menggunakan bateri dengan belanja RM50 sebulan" katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Muhammad Adam yang cekal menjalani kehidupan tanpa telinga kanan merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran setakat ini tidak menerima bantuan daripada mana-mana pihak.

"Saya hanyalah seorang suri rumah dan kadangkala menolong ahli keluarga berniaga. Suami pula bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1, 500 sebulan.

"Sebelum ini, segala kos kami tanggung sendiri termasuk kos ulang alik ke Hospital Sungai Buloh" katanya.

Sehubungan itu orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun Bank Islam anak keduanya, Nur Erni Shahila Rosmadi (12207020277433) atau menghubunginya di talian 019-3192466.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!