Dua kali diracun, akhirnya suami mati di tangan isteri, anak

Mangsa (kiri) bersama adik lelakinya. Foto Agensi
Mangsa (kiri) bersama adik lelakinya. Foto Agensi
A
A
A

BEKASI - Bagaikan sebuah 'sinetron' apabila isteri berkomplot dengan anak dan kekasih anaknya membunuh suami atas alasan mangsa tidak mahu membayar hutangnya.

Kejadian pembunuhan yang menggemparkan Indonesia itu berlaku di kediaman mangsa pada 27 Jun lalu di Kampung Serang, Desa Taman Rahayu, Setu, Kabupaten Bekasi.

Ketiga-tiga mereka bersekongkol membunuh mangsa ketika dia tidur di ruang tamu dengan mencekik serta memukul kepalanya dengan topi keledar.

Pelaku dibawa polis Bekasi untuk dibicarakan. Foto Agensi
Pelaku dibawa polis Bekasi untuk dibicarakan. Foto Agensi

Mangsa dikenali sebagai Asep Saepudin 43, meninggal dunia di tempat kejadian sementara pelaku dikenali sebagai Juhairah, 45, anak perempuan mereka Silvia Nur Alfiani, 22, dan kekasih Silvia dikenali sebagai Hagistko Pramada, 22.

Menurut Ketua Polis Daerah Metropolitan Bekasi Kombes Twedi Aitya Bennyahdi, hasil siasatan mendapati sebelum ini sudah beberapa kali cubaan membunuh telah dirancang oleh pelaku.

"Mereka pernah meracuni mangsa dengan meletakkan racun di dalam minumannya tetapi gagal.

"Hinggalah pada kejadian pada 22 Jun lalu," katanya kepada pemberita pada Isnin, 22 Julai.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, anak perempuan pelaku berkomplot kerana dipercayai mangsa menghalang hubungan dengan kekasihnya.

Pindah wang selepas mangsa meninggal dunia

Dalam pada itu, Twedi mendedahkan bahawa selepas mangsa maut, Silvia mengambil telefon bimbit mangsa untuk melakukan perpindahan wang secara dalam talian.

"Dia memindahkan wang sejumlah 13 juta Rupiah (RM3,741) dan beberapa jumlah lagi antaranya kepada Hagistko," katanya.

Ketiga-tiga mereka kini sudah ditahan polis dan berhadapan dengan tindakan udang-undang di Bawah Fasal 44 Ayat 3 Jo Fasal UU RI No.23 Tahun 2004 berhubung Kekerasan Dalam Rumah Tangga yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara sehingga 20 tahun. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!