Kalau syarikat arak boleh, tak mustahil syarikat rokok, judi pula taja sekolah

Laporan Sinar Harian berhubung perkara berkenaan.
Laporan Sinar Harian berhubung perkara berkenaan.
A
A
A

MERAK Jalanan tabik kepada Menteri Pendidikan yang bertegas untuk mempertahankan polisi tidak benarkan sumbangan daripada syarikat arak, rokok dan judi diberikan kepada pihak sekolah.

Katanya tiada keperluan untuk kaji semula garis panduan sedia ada atau mengecualikannya di sekolah Cina dan Tamil.

Namun yang menjadi kerisauan Merak Jalanan ialah kalau menteri berkenaan akhirnya terpaksa buat pusingan U kerana seorang lagi menteri kanan mahu membawa perkara itu ke mesyuarat Kabinet.

Menteri Pengangkutan kata perkara itu tak patut dijadikan isu kerana syarikat minuman keras telah membantu mengumpul dana untuk sekolah-sekolah Cina sejak puluhan tahun. Dia juga katanya pernah menghadiri majlis seperti itu.

Persoalannya, kalau syarikat arak boleh, adakah selepas ini syarikat rokok dan judi pula masuk ke sekolah-sekolah atas alasan sekadar menyumbang dan mengatakan mereka tidak berniat menggalakkan murid-murid merokok?

Isu ini muncul Ahad lalu selepas seorang timbalan menteri beragama Islam menghadiri acara anjuran sekolah rendah Cina di Sungai Pelek, Sepang yang terpalit kontroversi kerana syarikat arak menjadi salah satu penajanya.

Tidak kira berapa banyak pun sumbangan wang diberikan, Merak Jalanan berpendapat kanak-kanak sekolah tidak harus didedahkan dengan anasir seperti arak.

Jika liga bola sepak negara pun tidak dibenarkan menerima tajaan daripada syarikat sebegini, apa lagi sekolah.

Artikel Berkaitan:

Senang cakap, aktiviti mengumpul dana oleh syarikat arak di sekolah juga adalah satu bentuk promosi.

Merak Jalanan percaya inilah sebabnya kenapa syarikat arak ini mahu memulakan kempen pengumpulan dana ini sejak awal lagi.

Janganlah kita berpura-pura kononnya kempen pengumpulan dana seperti ini tiada kaitan dengan pengiklanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!