Konsert 'Divas & Diamonds' bariskan artis Malaysia, Indonesia

Konsert Divas & Diamonds akal berlangsung pada 7 September, 8.30 malam di Stadium Arena Larkin dengan jangkaan kehadiran 6,000 penonton. - Bernama
Konsert Divas & Diamonds akal berlangsung pada 7 September, 8.30 malam di Stadium Arena Larkin dengan jangkaan kehadiran 6,000 penonton. - Bernama
A
A
A

KONSERT anjuran Mega Eve Sdn Bhd yang membariskan penyanyi dari Indonesia iaitu Datuk Seri Rossa dan artis tempatan seperti Datuk Jamal Abdillah, Dayang Nurfaizah dan Joe Flizzow bakal berlangsung pada 7 September, 8.30 malam di Stadium Arena Larkin dengan jangkaan kehadiran 6,000 penonton.

Pengarah Tourism Johor, Shahril Nizam berkata, pihaknya yakin kehadiran artis ternama dalam dan luar negara akan membawa lebih ramai pelancong dari Indonesia, Singapura, Brunei dan banyak lagi sekali gus meningkatkan sektor pelancongan Johor.

"Kita akan menuju ke 'Tahun Melawat Johor 2026' jadi tahun ini kita telah mulakan gerakan (promosi) itu dan inisiatif konsert ini antara platform untuk mempromosikan Johor sebagai destinasi pelancongan terkemuka.

Sementara itu, Pengarah Projek Aman Ali daripada Mega Eve berkata, konsert itu akan menjadi platform mempamerkan budaya tempatan di samping mempromosikan pelbagai tempat daya tarikan Johor dan menggalakkan para pengunjung meneroka tarikan negeri ini seperti makanan, pusat peranginan selain berhibur.

Dalam perkembangan lain, Shahril berkata, sektor pelancongan kesihatan di negeri ini dijangka terus meningkat berikutan maklum balas diterima ketika program "Welcome To Johor" selama tiga hari di Grand Batam Mall, baru-baru ini.

"Tourism Johor mengadakan 'Medical Health Tourism' di Batam pada 18 hingga 21 Julai lepas, banyak hospital yang ikut menyertai pavilion kita seperti Regency Hospital, Columbia Hospital, KPJ, Kensington Green Hospital dan banyak lagi," katanya.

Sambutan diterima daripada penduduk Indonesia sangat bagus begitu juga respons pihak hospital yang menyertai program berkenaan juga amat memberangsangkan.

"Tahun 2024 ini kita yakin akan lebih ramai datang ke Johor untuk mendapatkan rawatan kesihatan apatah lagi dengan insfrastruktur pelancongan Johor sedang ditambah baik seperti Zoo Johor. Mereka yang datang bukan sekadar mendapatkan rawatan malah mereka akan turut melancong," katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!