Kes larikan dua budak: Peniaga pisang goreng tiba di mahkamah

Tertuduh (depan) diiringi polis tiba di Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada Khamis.
Tertuduh (depan) diiringi polis tiba di Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang peniaga pisang goreng yang disyaki melarikan dua kanak-kanak perempuan di Jeram dibawa di Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini pada Khamis.

Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.

Suspek yang bergari kelihatan hanya tunduk sebelum diiring masuk ke dalam mahkamah.

Pada Rabu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pada Rabu memaklumkan, pihaknya telah mendapat arahan bagi menuduh lelaki itu dengan dua kesalahan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melarikan kanak-kanak daripada jagaan yang sah.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor telah menerima satu aduan berhubung kehilangan seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di Taman Ikan Emas di Jeram, Kuala Selangor pada 6.30 petang, 19 Julai.

Sebelum ini tular di media sosial berhubung kehilangan dua kanak-kanak, yang didakwa diculik lelaki menaiki kereta jenis Perodua Bezza.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!