Melaka hargai usaha media promosi TMM2024

Ab Rauf (tengah) melihat replika bangunan ikonik di Melaka selepas merasmikan mesyuarat Agung Pendika di Grand Swiss Bellhotel di Melaka, pada malam Khamis.
Ab Rauf (tengah) melihat replika bangunan ikonik di Melaka selepas merasmikan mesyuarat Agung Pendika di Grand Swiss Bellhotel di Melaka, pada malam Khamis.
A
A
A

MELAKA - Kerajaan negeri menghargai usaha berterusan yang dilakukan pengamal media negeri ini dalam membantu mempromosikan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata, ia terbukti apabila mampu menarik kehadiran pelancong domestik dan luar negara dengan berjaya merekodkan 7.7 juta kedatangan pelancong dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Malah menurutnya, beliau turut berpuas hati dengan sokongan pihak media yang sentiasa mempromosikan kempen berkenaan sama ada di platform arus perdana atau media sosial.

"Kita amat berbangga kerana kempen melawat Melaka dan kita juga ada beberapa produk yang kita lancarkan menjadi 'booster' kepada pelancongan seperti program 'Bila Larut Malam'," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Pengamal Media Melaka (Pendika), di Grand Swiss Bellhotel di sini, pada malam Khamis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata, dengan sokongan itu dapat memberi inspirasi kepada kerajaan negeri untuk mewujudkan pelbagai program pelancongan yang mampu menarik kehadiran pelancong ke Melaka.

Ujar beliau, promosi yang berterusan itu telah memberi pulangan kepada kerajaan negeri menerusi jualan cenderahati khas TMM2024 yang kini mencecah RM5 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

"Tanpa sokongan media, promosi berkenaan mungkin akan lambat sampai ke sasaran," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!