Dua pekerja sangkar ikan positif dadah ditahan

Dua pekerja sangkar ditahan kerana positif dadah dalam operasi di perairan Kilim,Pulau Langkawi, pada Rabu.
Dua pekerja sangkar ditahan kerana positif dadah dalam operasi di perairan Kilim,Pulau Langkawi, pada Rabu.
A
A
A

LANGKAWI - Dua pekerja sangkar ikan yang didapati positif dadah jenis methamphetamine ditahan dalam satu operasi bersepadu di perairan Kilim, Pulau Langkawi, di sini, pada Rabu.

Kedua-dua mereka ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Langkawi dalam operasi kira-kira jam 9 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, seorang lelaki yang ditahan merupakan warga tempatan berusia 30 tahun, manakala seorang lagi adalah warga Indonesia berusia 39 tahun ditahan.

"Mereka ditahan kerana positif dadah jenis methamphetamine dan akan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Operasi terbabit dilaksanakan bagi membanteras aktiviti penagihan dadah di kalangan komuniti maritim terutamanya yang bekerja di laut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau menambah, operasi ini juga dilaksanakan bagi membanteras aktiviti yang melanggar undang-undang di perairan negara khususnya di perairan Pulau Langkawi

Kata Romli lagi, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Menurutnya lagi, pihaknya juga sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

Artikel Berkaitan:

Sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut boleh dilaporkan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia, Maritim Kedah dan Perlis di talian 04-9662750.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!