Terima aduan, MB Johor buat lawatan mengejut ke Klinik Kesihatan Kulai

Onn Hafiz membuat lawatan mengejut ke Klinik Kesihatan Kulai pada pagi Khamis. Foto Facebook MB
Onn Hafiz membuat lawatan mengejut ke Klinik Kesihatan Kulai pada pagi Khamis. Foto Facebook MB
A
A
A

KULAI - Kadar purata harian pelawat ke Klinik Kesihatan Kulai yang lebih 1,000 orang menyumbang kepada kesesakan di fasiliti kesihatan berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, atas faktor tersebut, terdapat cadangan untuk pembinaan sebuah klinik kesihatan baharu di daerah Kulai bagi mengurangkan kesesakan.

Onn Hafiz bertanyakan sesuatu kepada pelawat di Klinik Kesihatan Kulai. Foto Facebook MB
Onn Hafiz bertanyakan sesuatu kepada pelawat di Klinik Kesihatan Kulai. Foto Facebook MB

Beliau yang membuat lawatan mengejut ke Klinik Kesihatan Kulai pada pagi Khamis, turut berkongsi beberapa aduan yang disuarakan pengurusan klinik dan orang awam.

"Laluan keluar masuk kenderaan di klinik yang sesak dan sempit manakala parkir kenderaan yang terhad serta tidak tersusun di kawasan klinik.

"Seterusnya, keadaan fasiliti seperti kerusi dan kipas yang telah usang dan rosak di ruang menunggu selain tiada laluan susur gajah (kanopi laluan pejalan kaki) yang menyambungkan setiap bangunan di klinik kesihatan.

Keadaan klinik Kesihatan Kulai yang dikongsikan di Facebook Menteri Besar Johor.
Keadaan klinik Kesihatan Kulai yang dikongsikan di Facebook Menteri Besar Johor.

"Kekurangan aset seperti mesin X-ray dan mesin ultrasound," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Onn Hafiz berkata, kerajaan negeri akan membantu sedaya mungkin bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Selain itu, kita akan bekerjasama erat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya adanya penyelesaian jangka pendek, sederhana dan panjang bagi memastikan kualiti perkhidmatan kesihatan di seluruh Johor terus cemerlang," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!