Pelajar maut digilis selepas langgar jalan berlubang

Pegawai penyiasat IPD Ipoh memeriksa lokasi kejadian kemalangan membabitkan motosikal dan sebuah kereta di Jalan Ipoh-Lumut di sini pada Rabu.
Pegawai penyiasat IPD Ipoh memeriksa lokasi kejadian kemalangan membabitkan motosikal dan sebuah kereta di Jalan Ipoh-Lumut di sini pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Seorang pelajar maut apabila motosikal dinaiki hilang kawalan selepas melanggar lubang sebelum digilis sebuah kereta di Jalan Ipoh-Lumut di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian berlaku sekitar jam 1.05 petang melibatkan mangsa yang berusia 18 tahun menunggang motosikal dan seorang wanita berusia 40 tahun memandu kereta.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 sedang menuju ke Batu Gajah dari Ipoh.

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa telah terlanggar lubang di bahu kiri jalan kemudian hilang kawalan dan melanggar fender kiri hadapan sebuah kereta yang dipandu seorang wanita warga tempatan di laluan sama.

"Mangsa kemudian terjatuh di atas jalan dan dipercayai telah digilis kereta tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan selepas terlanggar lubang bahu kiri jalan sebelum terjatuh dan digilis sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Ipoh-Lumut di sini pada Rabu.
Motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan selepas terlanggar lubang bahu kiri jalan sebelum terjatuh dan digilis sebuah kenderaan dalam kejadian di Jalan Ipoh-Lumut di sini pada Rabu.

Abang Zainal Abidin berkata, akibat kemalangan tersebut mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Batu Gajah untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan hospital berkenaan akibat kecederaan parah di bahagian paha kanan dan kecederaan dalaman.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, sementara pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan

"Sehubungan itu, pihak polis meminta bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian kemalangan itu tampil bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013-6713177 atau tampil ke balai polis berhampiran.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!