Culik dua budak: Umpan RM50, ajak teman hantar surat

Peniaga pisang goreng yang didakwa atas pertuduhan menculik dua kanak-kanak perempuan di Jeram pada 17 Julai lalu mengumpan wang tunai sebanyak RM50 sebagai upah bagi menemaninya untuk menghantar surat.
Peniaga pisang goreng yang didakwa atas pertuduhan menculik dua kanak-kanak perempuan di Jeram pada 17 Julai lalu mengumpan wang tunai sebanyak RM50 sebagai upah bagi menemaninya untuk menghantar surat.
A
A
A

SABAK BERNAM - Peniaga pisang goreng yang didakwa atas pertuduhan menculik dua kanak-kanak perempuan di Jeram pada 17 Julai lalu mengumpan wang tunai sebanyak RM50 sebagai upah bagi menemaninya untuk menghantar surat.

Perkara itu dimaklumkan semasa prosiding pertuduhan terhadap Mohamad Shahriza Othman, 31, di Mahkamah Majistret Sungai Besar pada Khamis.

Kedua-dua mangsa itu kemudiannya mengikut tertuduh menaiki Perodua Bezza ke kedai runcit dan mengajak berjalan-jalan sekitar Jeram dan singgah di rumahnya (tertuduh) sebelum menghantar semula mangsa kira-kira jam 7.45 malam pada hari sama.

Terdahulu tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan hadapan Majistret, Siti Hajar Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 19 Julai lalu kira-kira jam 6.30 petang di Nombor 2, Jalan Ikan Emas 2, Taman Ikan Emas di Jeram telah menculik dua kanak-kanak perempuan berusia lapan dan enam tahun dari penjaganya yang boleh dihukum di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan (KK) iaitu penjara selama tempoh tujuh tahun dan boleh juga didenda.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal memohon tindakan setimpal berikutan kes penculikan yang semakin meningkat yang akan mempengaruhi dan mengancam keselamatan awam.

Tertuduh pula diwakili Muhd Muqri Mohd Khairi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (JBG).

Muhd Muqri memaklumkan, tertuduh memberi alasan menculik dua kanak-kanak perempuan itu kerana menginginkan anak perempuan.

Artikel Berkaitan:

"Saya dimaklumkan tertuduh hanya mempunyai dua anak lelaki dan belum ada rezeki memiliki anak perempuan.

"Tertuduh sebelum ini tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ini merupakan kesalahan pertama dan percaya dia telah insaf," katanya.

Siti Hajar memutuskan tertuduh didapati bersalah dan dihukum penjara 24 bulan daripada tarikh sebutan dan denda RM2,000 dan jika tidak membayar penjara selama sebulan.

"Alasan saya mendapati tindakan tertuduh mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jelas dia telah menzahirkan kekesalan dan keinsafan.

"Alasan saya mendapati tindakan tertuduh mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jelas dia telah menzahirkan kekesalan dan keinsafan.

"Hukuman yang dijatuhkan mahkamah ini haruslah bersifat faktor kepentingan awam diutamakan agar memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang awam bahawa kesalahan menculik amat serius dan semakin berleluasa," tambah beliau.

Sinar Harian pada Sabtu lalu melaporkan, dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan lapan tahun yang dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat selepas dipercayai dilarikan seorang lelaki dengan menaiki sebuah kereta Perodua Bezza di Jeram, pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintenden, Mohd Ambia Nordin berkata, polis menerima maklumat kejadian itu daripada ibu mangsa pada jam 6.30 petang

Sebelum ini tular di media sosial berhubung kehilangan dua kanak-kanak, yang didakwa diculik lelaki menaiki kereta jenis Perodua Bezza.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!