Helikopter bertembung, dua juruterbang maut

Gambar hiasan 123RF.
Gambar hiasan 123RF.
A
A
A

SYDNEY - Polis Australia mengesahkan kedua-dua juruterbang maut dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter di barat Australia pagi Khamis, lapor Xinhua.

Insiden berlaku berhampiran Mount Anderson Station di Camballin, sebuah bandar kecil di wilayah Kimberley.

Perkhidmatan kecemasan dimaklumkan mengenai kemalangan itu kira-kira jam 6.20 pagi waktu tempatan Khamis (2220 GMT pada Rabu).

"Petunjuk awal menunjukkan bahawa dua helikopter malang itu bertembung sejurus selepas berlepas.

"Kedua-dua helikopter hanya mempunyai seorang individu di dalamnya.

"Malangnya, kedua-dua juruterbang iaitu seorang lelaki berusia 29 tahun dan seorang lelaki berusia 30 tahun meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami," menurut Pasukan Polis Australia.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia akan menjalankan siasatan mengenai insiden itu.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!