Semua tawaran pelaburan di Telegram adalah 'scammer' - Bukit Aman

Ramli
Ramli
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua pelaburan yang menggunakan medium di aplikasi online Telegram adalah scammer, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Menurutnya, masyarakat diingatkan usah percaya dengan tawaran pelaburan melalui sosial media.

"Dalam Tele (Telegram) ada ratusan tawaran pelaburan.

"Semua yang tertarik dengan grup pelaburan ini akan terpedaya dan membuat pelaburan yang merugikan," katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini pada Khamis.

Pada Rabu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan kes jenayah dalam talian sangat membimbangkan dan trend ini menunjukkan jenayah tradisional telah mula ‘berpindah’ ke alam siber termasuk media sosial.

Dalam catatan di Facebook rasminya, Fahmi memaklumkan beliau telah mendengar taklimat berhubung isu itu daripada Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara Datuk Raja Nurshirwan Zainal Abidin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain serta seorang Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman.

Fahmi sebelum ini juga dilaporkan berkata, terdapat keperluan untuk meneliti kewujudan akta baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian seiring dengan perkembangan pesat teknologi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!