Lelaki lemas ketika menyelam tangkap ikan

Mangsa diberi bantuan CPR sebelum dihantar ke Hospital Kudat.
Mangsa diberi bantuan CPR sebelum dihantar ke Hospital Kudat.
A
A
A

KUDAT - Seorang lelaki ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti menyelam dan menangkap ikan di pesisiran pantai Simpang Mengayau di sini pada malam Rabu.

Nikalmon Yusuf, 30-an, ditemukan kira-kira jam 7.30 malam ketika penduduk kampung melakukan pencarian di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jebas berkata, sebaik menerima panggilan berhubung kejadian itu, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi.

Katanya, lokasi kejadian terletak sejauh 28 kilometer dan pasukan bomba hanya tiba di lokasi pada jam 8.16 malam.

"Difahamkan, ketika kejadian bersendirian melakukan aktiviti menyelam dan menembak ikan.

"Bagaimanapun, mangsa tidak pulang sebelum penduduk kampung melakukan pencarian.

"Mangsa akhirnya ditemukan oleh orang awam dan segera diberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR), sebelum pasukan bomba tiba di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Katanya lagi, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kudat oleh pasukan bomba dengan menggunakan jentera Unit Perkhidmatan Penyelamatan, Perubatan Kecemasan (EMRS).

Artikel Berkaitan:

"Namun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!