'Jangan sorok salah laku anak buah atau berdepan tindakan' - JIPS

Azri
Azri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan pegawai termasuk ketua jabatan dan penyelia supaya tidak menyembunyikan salah laku 'anak buah' mereka.

Sekiranya dikesan, mereka ini sama sekali tidak akan terlepas daripada diambil tindakan jabatan.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, ini selaras dengan arahan Arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menerusi pekeliling pada 5 Julai lalu mewajibkan ketua jabatan atau pegawai bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tata kelakuan dan terhadap pegawai seliaan.

Menurutnya, arahan ini jelas selari dengan gesaan Ketua Polis Negara yang mahu tindakan diambil secara ‘total enforcement’ berhubung salah laku warga polis.

Azri (kanan) melakukan lawatan di reruai di Sambutan Satu Dekad Penubuhan JIPS di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Khamis.
Azri (kanan) melakukan lawatan di reruai di Sambutan Satu Dekad Penubuhan JIPS di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Khamis.

“Arahan ini jelas. Kita (JIPS) ambil maklum mengenai perkara itu dan jika terkesan tindakan akan diambil.

“Ketua jabatan jangan simpan benda-benda ini bawah ‘karpet’ baru kita dapat lakukan perubahan seperti yang dikehendaki masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar Sambutan Satu Dekad Penubuhan JIPS di Bukit Aman di sini pada Khamis.

Tambah Azri, kewajaran tindakan yang akan diambil terhadap ketua jabatan dan penyelia ini adalah bergantung sejauh mana penglibatan mereka.

Artikel Berkaitan:

Jelas Azri, pihaknya perlu lihat sejauh mana penglibatan itu dan isu yang dikaitkan.

“Jika ada isu-isu jenayah tetapi mereka tidak laporkan, itu memang patut diambil tindakan. Ketua Jabatan ini penting, kalau dia buat tidak tahu sahaja, yang bawah akan ikut,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!