Langkah tutup, gabung anak syarikat KKDW bawa perubahan positif

Ahmad Zahid bercakap pada sidang media pada Pemukiman Pertengahan Tahun Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pada Khamis. Foto Bernama
Ahmad Zahid bercakap pada sidang media pada Pemukiman Pertengahan Tahun Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KOTA TINGGI - Tindakan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menutup dan menggabung 23 anak syarikat agensi yang gagal menjana keuntungan membawa perubahan drastik kepada prestasi syarikat di bawah kementerian berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, laporan awal yang diterimanya menyatakan 100 anak syarikat agensi yang masih di bawah kementerian telah menunjukkan keuntungan secara keseluruhannya.

"Berdasarkan laporan awal, terdapat perubahan yang sangat drastik. Anak syarikat yang rugi telah saya tutup dan gabungkan dengan anak syarikat yang untung.

"Setakat yang saya telah dapat laporan awal, jelas memperlihatkan bahawa terdapat perubahan yang sangat drastik dari segi syarikat yang rugi yang telah ditutup atau telah pun digabungkan dengan syarikat yang untung.

"Dengan ini, kita telah berjaya menjadikan sebahagian daripada anak syarikat yang menjadi bebanan liabiliti kepada syarikat yang untung. Ertinya kita telah berjaya melepasi syarikat yang menjadi 'cost centre' kepada 'profit centre'.

“Kita telah dapat melepasi tahap syarikat yang menjadi ‘cost centre’ kepada ‘profit centre’. Ini merupakan kejayaan awal yg dapat dicapai oleh KKDW,” katanya.

Beliau berkata ketika sidang akhbar selepas menyampaikan perutusan di pemukiman program utama KKDW di Desaru Convention Centre di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu ketika berucap, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memberitahu, anak syarikat yang mencatat keuntungan sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini adalah Perda Venture dengan rekod keuntungan RM2.7 juta dan KEDA Group of Companies sebanyak RM243,706.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menyeru syarikat yang beroperasi di kawasan yang makmur dan sering mempunyai akses yang lebih baik kepada tenaga kerja yang mahir, teknologi maju dan sumber kewangan untuk turut membantu syarikat lain untuk berkembang dan mencipta keuntungan.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut menyeru warga KKDW untuk menerapkan nilai ekonomi sosial melangkaui metrik kewangan semata-mata.

“Ia merangkumi kesan yang lebih luas daripada aktiviti ekonomi kita terhadap masyarakat, menyepadukan kedua-dua faedah kewangan dan bukan kewangan yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan keseluruhan masyarakat desa,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!