Dana syarikat arak: Sekolah perlu tampil beri penjelasan

Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Kian Keong
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Kian Keong
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pihak pengurusan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sepang harus bertanggungjawab dengan memberi penerangan kepada umum susulan membenarkan sebuah syarikat arak menyumbang dana untuk pembinaan dewan sekolah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Lwi Kian Keong berkata, sehingga kini pihak sekolah berkenaan hanya mendiamkan diri menyebabkan wakil rakyat di kawasan itu termasuk dirinya terus dikecam teruk oleh netizen.

Memetik laporan Malaysia Kini pada Khamis, Kian Keong berkata, sehingga kini pihak sekolah terbabit langsung tidak tampil memberikan penjelasan.

Kian Keong berkata, ketika sumbangan diumumkan dan replika cek diserahkan, saya dan Datuk Aiman Athirah (Ahli Parlimen Sepang) dipanggil ke atas pentas.

“Hanya apabila berada di atas pentas, barulah kami mengetahui bahawa cek replika mereka mempunyai logo arak. Sebelum itu, saya dan Aiman tidak tahu.

“Nampaknya anda (sekolah) telah ‘meletakkan kami di atas pentas’. Sekarang ia telah menjadi isu, anda tidak tampil ke hadapan untuk mengakui ia adalah kesilapan sekolah anda,” katanya pada Khamis.

Jumaat lalu, Aiman Athirah dilaporkan telah memberi penjelasan mengenai kehadirannya pada satu majlis kutipan dana sekolah di Sepang.

Aiman Athirah pada sidang akhbar pada Ahad turut memaklumkan sudah mengenal pasti pihak yang sengaja menyebarkan fitnah dengan meletakkan logo Parti Amanah dengan tin jenama arak.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sebagai tetamu yang diundang beliau tidak diberitahu oleh penganjur mengenai senarai penyumbang sehingga tiba di lokasi program yang turut dihadiri sebuah syarikat pengeluar minuman keras.

Pemimpin Pas sebelum ini mengkritik acara berkenaan yang dianjurkan oleh SJKC berkenaan kerana menerima sumbangan daripada sebuah syarikat arak.

"Adalah penting untuk memberitahu orang ramai bahawa surat jemputan daripada jawatankuasa secara jelas menyatakan acara itu adalah 'makan malam amal' dan tidak menyebut syarikat bir sebagai rakan kongsi strategik," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!