Celine Dion dibayar RM9 juta untuk satu lagu di Olimpik Paris

Celine Dion. - AFP
Celine Dion. - AFP
A
A
A

PENYANYI pop terkenal dunia, Celine Dion dilaporkan akan dibayar AS$2 juta (RM9.34 juta) untuk sebuah lagu semasa Majlis Pembukaan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung pada Jumaat ini.

Dion juga dijangka bersedia untuk naik ke pentas semasa majlis gilang-gemilang itu yang sebagai menandakan persembahan pertamanya sejak didiagnosis Stiff Person Syndrome (SPS) pada tahun 2022.

Penyanyi berasal dari Kanada itu baru-baru ini tiba di Paris sebelum permulaan Sukan Musim Panas dan merancang untuk membuat persembahan semasa perarakan 85 buah bot di sepanjang sungai Seine yang berakhir berhampiran Tricadero mengadap Menara Eiffel.

TMZ melaporkan beliau akan mempersembahkan sebuah lagi dan dibayar AS$2 juta. Pihak sukan juga membiayai perjalanan dan penginapan di hotel mewah Le Royal Monceau terletak berhampiran Champs-Elysees.

Selain itu, penyanyi Lady Gaga dan Dua Lipa dijangka melakukan persembahan sama semasa acara tersebut.

Dion, 56, pada awal tahun ini telah berikrar untuk kembali ke pentas dan kediamannya di Las Vegas.

Sebelum ini, beliau pernah membuat persembahan lagu bertajuk The Power Of The Dream semasa Majlis Perasmian Sukan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta dengan disaksikan 3.5 bilion penonton seluruh dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!