110 usahawan Mikro dibimbing melalui program GrowBiz

Puan Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia bersama peserta yang telah berjaya menamatkan penyertaan di bawah Program GrowBiz 2023/2024.

A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 110 usahawan mikro telah berjaya dibimbing untuk meningkatkan daya saing mereka melalui penyertaan dalam Program GrowBiz, di sini, baru-baru ini.

Majlis Graduasi Program GrowBiz 2023/2024 telah disempurnakan Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Seri Suriani Ahmad, hari ini.

GrowBiz merupakan inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) yang dilaksanakan oleh SME Corp. Malaysia, agensi di bawah KUSKOP.

Program ini adalah bertujuan memberi bimbingan kepada usahawan dalam menaik taraf perniagaan mereka daripada perniagaan bersaiz mikro kepada kecil serta meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan produktiviti perniagaan. Ia telah diperkenalkan pada tahun 2021/2022 dan graduan kali ini merupakan kumpulan kedua dalam pelaksanaan Program GrowBiz.

GrowBiz menggunakan pendekatan hand holding ke atas perusahaan mikro yang merangkumi elemen latihan, coaching dan pemantauan bagi membimbing perusahaan mikro meningkatkan perniagaan ke tahap seterusnya.

GrowBiz 2023/2024 dilaksanakan oleh Rakan Pelaksana yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia iaitu Entrepreneur Culture Incorporated Sdn. Bhd. (ECI) dengan sokongan Bank Simpanan Nasional (BSN), TEKUN Nasional dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) sebagai Rakan Strategik.

Puan Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia bersama peserta yang telah berjaya menamatkan penyertaan di bawah Program GrowBiz 2023/2024.
Puan Noor Afifah binti Abdul Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia bersama peserta yang telah berjaya menamatkan penyertaan di bawah Program GrowBiz 2023/2024.

Suriani dalam ucapannya menekankan tentang keperluan untuk usahawan bersikap responsif terhadap perubahan polisi dan landskap perniagaan terkini, kepentingan transformasi digital dan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta pengurusan kewangan dan risiko.

Artikel Berkaitan:

“Usahawan digalakkan untuk merebut peluang pasaran eksport serta memanfaat program dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan.

“Pada tahun ini, sebanyak 275 program ditawarkan oleh pelbagai kementerian dan agensi kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dengan peruntukan RM15.1 bilion yang akan memanfaatkan 479,758 PMKS.

“Ini membuktikan komitmen kerajaan dalam menyediakan ekosistem yang kondusif untuk pembangunan PMKS, termasuklah melalui Program GrowBiz,”katanya, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy telah berkongsi pencapaian dan impak Program Rintis GrowBiz 2021/2022.

“Berdasarkan kajiselidik, didapati bahawa selepas enam bulan tamat menyertai Program GrowBiz, kesemua 50 peserta menunjukkan peningkatan jualan sehingga ada yang berjaya mencecah 718 peratus setahun.

“Selain itu, 66 peratus peserta telah berjaya menaiktaraf perniagaan daripada mikro kepada kecil manakala 58 peratus peserta menambah bilangan pekerja yang berjaya mewujudkan 139 pekerjaan baharu. Terdapat juga beberapa peserta yang telah menambah bilangan premis dan rakan niaga serta berjaya mengeksport produk atau perkhidmatan ke China, Brunei, Vietnam dan Filipina,”katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan) KUSKOP, Noor Afifah Abdul Razak, dan Ketua Pegawai Eksekutif Entrepreneur Culture Incorporated Sdn. Bhd, Dr. Wan Arjunawan Wan Halim.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!