Lafaz ikrar bebas rasuah bentuk etika, amanah

Azrin (kiri, depan) mengetuai JPJ Selangor dalam ikrar bebas rasuah pada Rabu. Foto JPJ Selangor
Azrin (kiri, depan) mengetuai JPJ Selangor dalam ikrar bebas rasuah pada Rabu. Foto JPJ Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Lafaz ikrar bebas rasuah yang dibaca dan ditandatangani merupakan satu akad dan komitmen dalam usaha tolak rasuah dalam jabatan, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan.

Menurutnya, istilah rasuah tidak wajar ada dalam jabatan setelah lafaz dan perjanjian dihayati.

Azrin mengetuai JPJ Selangor dalam ikrar bebas rasuah pada Rabu. Foto JPJ Selangor
Azrin mengetuai JPJ Selangor dalam ikrar bebas rasuah pada Rabu. Foto JPJ Selangor

"Ikrar bebas rasuah perlu dihayati sepanjang masa tidak kira pangkat, kedudukan walau di mana berada.

"Oleh itu, saya berharap agar seluruh warga JPJ Selangor khususnya sentiasa berusaha membentuk jati diri yang beretika dan amanah dalam melaksanakan tugas diberi," katanya pada Khamis.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) JPJ Selangor yang berlangsung di Dewan Setia JPJ Selangor di sini pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim.

Azrin (kiri) menerima sijil penghargaan daripada SPRM Selangor yang disampaikan oleh Alias pada Rabu. Foto JPJ Selangor
Azrin (kiri) menerima sijil penghargaan daripada SPRM Selangor yang disampaikan oleh Alias pada Rabu. Foto JPJ Selangor

Artikel Berkaitan:

Majlis itu dihadiri 130 kakitangan JPJ Selangor pelbagai jawatan dan pangkat.

Tambah Azrin, seramai 704 kakitangan JPJ Selangor perlu menyelesaikan lafaz ikrar bebas rasuah ini dan program bersiri telah dilaksanakan sehingga siri ketiga buat masa ini.

"Program ini telah dilaksanakan sejak Februari lalu yang dihadiri Pengarah Bahagian Integriti JPJ, Arafat Ibrahim," ujarnya.

Justeru, kata beliau, diharap ini dapat membantu jabatan mencapai matlamat strategik untuk menjadikan JPJ bebas rasuah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!