Malaysia ke separuh akhir Piala AFF B-19
SKUAD bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan mengikat Thailand 1-1 pada aksi terakhir Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia pada Khamis.
Keputusan itu menyaksikan skuad muda negara mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah sekali gus muncul juara kumpulan dengan mengumpul tujuh mata.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo itu, skuad negara bermula goyah pada separuh masa pertama apabila ketinggalan seawal minit kelima menerusi gol Caelan Tanadon Ryan.
Bagaimanapun, Malaysia yang berstatus juara bertahan kembali bangkit tiga minit selepas separuh masa kedua bersambung menerusi jaringan penalti Pavithran Gunalan untuk mengikat kedudukan.
Skuad muda negara berjaya untuk mendominasi perlawanan sepanjang separuh masa kedua tersebut dengan beberapa peluang keemasan namun gagal mencari gol kemenangan.
Skuad muda negara berjaya untuk mendominasi perlawanan sepanjang separuh masa kedua tersebut dengan beberapa peluang keemasan namun gagal mencari gol kemenangan.Anak buah Juan Torres Garrido akan menempah pertemuan dengan tuan rumah yang juga juara Kumpulan A, Indonesia di pusingan separuh akhir pada Sabtu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!