Raja Jordan berkenan bubar parlimen beri laluan pilihan raya

Raja Abdullah II
Raja Abdullah II
A
A
A

AMMAN - Raja Jordan, Raja Abdullah II pada Khamis berkenan membubarkan dewan rendah parlimen negara itu menjelang pilihan raya parlimen pada September, lapor Agensi Anadolu.

Pengumuman itu dibuat di sebuah mahkamah diraja.

Di bawah Perlembagaan, pilihan raya parlimen perlu diadakan dalam tempoh empat bulan sebelum tamat penggal parlimen yang dijadualkan pada November.

Pilihan raya baharu dijadualkan berlangsung pada 10 September.

Pengundian akan diadakan di bawah undang-undang pilihan raya baharu yang memperuntukkan 41 kerusi daripada 138 kerusi dewan untuk parti politik.

Jordan mempunyai parlimen dwidewan yang terdiri daripada Senat dilantik oleh raja, dan dewan rendah yang dipilih dikenali sebagai Dewan Perwakilan. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!