Dua kes jadi tumpuan hari ini

Kes kematian Zayn Rayyan (kanan) dan Nur Farah Kartini (kiri) menjadi tumpuan hari ini.
Kes kematian Zayn Rayyan (kanan) dan Nur Farah Kartini (kiri) menjadi tumpuan hari ini.
A
A
A

DUA kes besar menjadi tumpuan hari ini membabitkan kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dan Nur Farah Kartini Abdullah.

Bagi kes bunuh Zayn Rayyan, ibu bapa kanak-kanak ini dijangka hadir untuk prosiding hari pertama sebutan semula kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini.

Prosiding di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh itu juga akan disajikan dengan pelbagai isu menarik, termasuk perkembangan baharu membabitkan barisan pembelaan yang mewakili kedua-dua tertuduh tersebut.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pula, suspek lelaki yang ditahan reman sejak 14 hari lalu akan didakwa pagi ini atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini, dua minggu lalu.

Suspek yang merupakan seorang anggota polis berpangkat lans koperal yang bertugas di Perak akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!