Menang motosikal, TV di reruai Sinar Harian

Reruai Sinar Harian menawarkan hadiah lumayan untuk pengunjung.
Reruai Sinar Harian menawarkan hadiah lumayan untuk pengunjung.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengunjung reruai Sinar Harian berpeluang memenangi enam hadiah lumayan yang ditawarkan khas sempena Karnival Rakyat Karangkaraf 2024 yang bermula hari ini hingga Ahad.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, hadiah yang ditawarkan itu ialah sebuah motosikal, dua televisyen pintar dan tiga telefon pintar.

Menurutnya, pengunjung hanya perlu melanggan kombo e-paper dan berita premium Sinar Harian pada harga serendah RM10 untuk melayakkan diri menyertai peraduan ‘Teka Kacang Jangan Lupakan Kulit’.

Zamri
Zamri

“Anda perlu melanggan akses sebulan bernilai RM10 untuk mendapat satu percubaan meneka jumlah kacang. Bagi langganan enam bulan iaitu RM30, anda akan mendapat dua percubaan.

“Sementara untuk pakej langganan setahun berjumlah RM120, anda boleh meneka sebanyak lima kali. Penawaran harga rendah ini melebihi 50 peratus daripada harga asal,” katanya.

Tambah Zamri, pakej istimewa berserta hadiah menarik itu julung kali diadakan sempena Karnival Rakyat Karangkraf 2024 dan sambutan ulang tahun ke-18 Sinar Harian.

Sementara itu katanya, reruai Sinar Harian turut menyediakan pelbagai acara menarik lain untuk pembaca setia.

Artikel Berkaitan:

“Ada Game B4U yang menawarkan hadiah keperluan asas seperti minyak masak, beras, gula, sos cili, kicap dan garam.

“Jadi marilah beramai-ramai memeriahkan karnival yang berlangsung selama tiga hari ini. Terdapat juga pelbagai acara menarik lain menanti pengunjung.

“Anda juga berpeluang menjadi pembaca berita dan editor untuk mereka letak muka depan Sinar Harian,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!