Dana sumber tak halal beri kesan spiritual
![Mohamad Shukri](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/07/26/2740111.jpg)
SHAH ALAM - Tiada halangan sekiranya ibu bapa menghantar anak ke sekolah jenis kebangsaan Cina kerana menuntut ilmu dibenarkan di mana-mana sahaja.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, bagaimanapun ia bakal menimbulkan pertikaian dalam kalangan umat Islam apabila sumber kewangan sekolah berkenaan tidak halal sehingga memberi kesan rohani atau spiritual kepada pelajar.
Beliau berkata, sumbangan kewangan diterima daripada pihak tertentu untuk tujuan pembangunan sekolah mesti berdasarkan sumber yang halal dan baik agar tidak menimbulkan sebarang isu.
“Sumber yang baik, kesannya baik. Begitulah sebaliknya.
“Katakanlah kita terima sumbangan ‘lalat’, kita ditimpa penyakit tetapi kalau sumbangan ‘lebah’ yang membawa madu, kita akan terima manis dan keberkatan,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohamad Shukri, isu sebegini perlu diambil perhatian dari sudut polisi kerajaan iaitu bagaimana mahu mewujudkan persekitaran positif berlandaskan sumber yang baik.
“Macam yang saya kata tadi, kalau tak ambil perhatian, kita akan didedahkan dengan bahaya ‘lalat’ ini,” ujar beliau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!