Beri peluang kepada 'suara muda'

Joe Biden
Joe Biden
A
A
A

WASHINGTON - Presiden AS, Joe Biden yang baharu pulih daripada jangkitan Covid-19 memberitahu rakyat Amerika bahawa dia berhenti dalam pilihan raya 2024 demi menyatukan negara.

Beliau berkata demikian pada ucapan bersejarahnya di Pejabat Oval, sambil menambah kini sudah tiba masa untuk menyerahkan obor kepada 'suara yang lebih muda'.

"Saya menghormati pejabat ini, tetapi saya lebih sayangkan negara saya. Mari kita pertahankan demokrasi yang dipertaruhkan, kerana ia lebih penting daripada sebarang gelaran.

"Saya memutuskan cara terbaik untuk masa hadapan dengan menyerahkan obor kepada generasi baharu," kata lelaki berusia 81 tahun.

Dalam ucapan pertamanya di televisyen sejak mengumumkan menarik diri untuk bertanding melawan bekas Presiden, Donald Trump, Biden turut memuji Naib Presiden, Kamala Harris, 59,yang bakal menjadi calon presiden Demokrat yang baharu.

"Dia berpengalaman. Dia masih kuat dan berkeupayaan' kata Biden dalam ucapan keempat ucapan keempat dan mungkin terakhir dari sebalik Meja Resolute iaitu meja ikonik yang boleh dikatakan sebagai meja rasmi setiap Presiden AS.

Biden menarik diri untuk bertanding melawan pencabar dari Parti Republikan, Trump selepas menerima tekanan berminggu-minggu daripada anggota Demokrat selepas prestasi buruk persembahan debat sehingga menimbulkan kebimbangan mengenai usianya.

Biden yang bercakap dengan suara tersekat-sekat selepas dijangkiti Covid-19 baru-baru ini, telah menggunakan suasana simbolik yang kuat untuk menegaskan pencapaiannya, sambil mengakui sudah tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatannya.

Artikel Berkaitan:

"Sekarang masanya dan tempat untuk suara baharu, lebih segar dan muda serta masa dan tempat sesuai untuk mereka," tambahnya. - AFP

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!