UMPSA lancar Program Edu-Tourism tarik pelajar antarabangsa

Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin menyempurnakan gimik Pelancaran Program Editourism @ UMPSA dan Perasmian 12 Ogos sebagai Hari Alumni UMPSA di Pusat Rekreasi Air UMPSA Kampus Pekan pada Khamis.
Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin menyempurnakan gimik Pelancaran Program Editourism @ UMPSA dan Perasmian 12 Ogos sebagai Hari Alumni UMPSA di Pusat Rekreasi Air UMPSA Kampus Pekan pada Khamis.
A
A
A

PEKAN - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melancarkan Program Pelancongan Pendidikan (Edu-Tourism) ke arah menjadikan universiti itu sebagai hub pelancongan pendidikan utama di negeri ini.

Inisiatif itu dilaksanakan menerusi pakej-pakej yang dirangka khusus dengan objektif memperkenalkan kepelbagaian budaya, bahasa dan keistimewaan yang ada di Malaysia amnya dan Pahang khasnya, selain menonjolkan keunikan UMPSA itu sendiri.

Naib Canselor UMPSA, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin berkata, selain mewujudkan jaringan kerjasama antara negara, industri serta agensi yang terlibat, program itu juga seiring dengan agenda menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan sasaran 26.1 juta pelancong asing ke negara ini.

Dr Yuserrie (barisan belakang, tengah) bersama wakil alumni yang hadir pada Pelancaran Program Editourism @ UMPSA dan Perasmian 12 Ogos sebagai Hari Alumni UMPSA di Pusat Rekreasi Air UMPSA Kampus Pekan
Dr Yuserrie (barisan belakang, tengah) bersama wakil alumni yang hadir pada Pelancaran Program Editourism @ UMPSA dan Perasmian 12 Ogos sebagai Hari Alumni UMPSA di Pusat Rekreasi Air UMPSA Kampus Pekan



Menurutnya, program Edu-Tourism itu juga menyokong strategi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang dapat memberi manfaat kepada kelestarian pelancongan terutamanya dalam pengunaan sumber alam sekitar secara optimum dan memulihara sumber asli dan biodiversiti.

"UMPSA mempunyai pelbagai fasiliti berkaitan pembangunan sukan bagi sahsiah pelajar serta komuniti setempat untuk menjalankan aktiviti riadah.

"Lebih membanggakan, universiti ini satu-satunya universiti awam yang mempunyai pusat selam di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Pelancaran Program Editourism @ UMPSA dan Perasmian 12 Ogos sebagai Hari Alumni UMPSA di Pusat Rekreasi Air UMPSA Kampus Pekan di sini pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Mohd. Rusllim Mohamed.

Peserta antarabangsa daripada Politeknik Beijing dan Beifang Automotive Education Group (Beifang), China dipekenalkan dengan makanan tradisional popular di negara ini.
Peserta antarabangsa daripada Politeknik Beijing dan Beifang Automotive Education Group (Beifang), China dipekenalkan dengan makanan tradisional popular di negara ini.



Sempena program berkenaan, seramai 50 pelajar antarabangsa daripada Politeknik Beijing dan Beifang Automotive Education Group (Beifang), China mengikuti pakej bahasa Inggeris, budaya dan warisan di UMPSA.

Program tersebut merupakan kesinambungan Program Mobiliti Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Lanjutan Malaysia-China (MYCHAT) UMPSA dengan kerjasama BAEG dan Pendidikan Antarabangsa Tang yang membawa belia dan mahasiswa Malaysia untuk mengikuti latihan kemahiran aras tinggi di China.

Sementara itu Yusserie berkata, sebagai universiti terbaik dalam rangkaian universiti teknikal Malaysia (MTUN), UMPSA akan terus memperlihatkan komitmen mereka dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) serta menilai usaha universiti dalam menangani masalah dunia berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Pada masa universiti ini mampu membawa mahasiswa antarabangsa melalui inisiatif meningkatkan kebolehpasaran graduan premium dan menyokong usaha pelancongan pendidikan yang dilaksanakan di UMPSA.

"Program pelancongan pendidikan kini diperluas dengan memperkenalkan pakej lebih fleksibal yang diselaras di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dengan kerjasama rakan strategik.

"Inisiatif itu berjaya menarik penyertaan peserta antarabangsa daripada pelbagai negara termasuk Indonesia, China, Yaman, Iran, Palestin dan Mesir," katanya.

Pada majlis itu, Dr Yuserrie turut mengumumkan 12 Ogos setiap tahun sebagai Hari Alumni UMPSA.

Peserta antarabangsa daripada Politeknik Beijing dan Beifang Automotive Education Group (Beifang),China diperkenalkan dengan buah-buahan tempatan..
Peserta antarabangsa daripada Politeknik Beijing dan Beifang Automotive Education Group (Beifang),China diperkenalkan dengan buah-buahan tempatan..



Beliau berkata, sehingga kini UMPSA mempunyai 44,763 alumni termasuk 1,031 alumni antarabangsa.

UMPSA melahirkan graduan yang bukan hanya berpengetahuan dalam akademik bahkan mempunyai kemahiran insaniah yang selari dengan kehendak industri.

"Ini dibuktikan apabila kadar kebolehpasaran graduan universiti ini mencapai 97.3 peratus dan menjadi antara yang tertinggi dalam kalangan universiti awam tahun lalu.

"Lebih membanggakan apabila graduan UMPSA juga memperoleh pendapatan graduan ijazah pertama dengan pendapatan bulanan RM4,001 ke atas dan bergaji premium mencatat peratusan antara tertinggi dalam sektor perkhidmatan (36.2 peratus), pembuatan (20.4 peratus), pembinaan (19.7 peratus), professional, saintifik dan Teknikal (11.5 peratus), maklumat dan komunikasi (10.8 peratus) dan lain-lain (1.5 peratus)," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!