Mahmud Jumaat tidak lagi wakili ibu Zayn Rayyan

Mahmud Jumaat. Foto Sinar Harian
Mahmud Jumaat. Foto Sinar Harian
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Peguam, Mahmud Jumaat mengesahkan tidak lagi mewakili ibu, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dituduh atas kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Ketika dihubungi, beliau berkata, tidak akan hadir ke mahkamah bagi prosiding hari pertama, sebutan semula kes di hadapan Hakim, Dr Syahliza Warnoh.

"Saya tidak lagi mewakili Ismanira," katanya.

Sementara itu, Ismanira Abdul Manaf, 29, yang memakai jubah biru gelap bertudung coklat sementara suaminya Zaim Ikhwan Zahari, 29, berbaju Melayu hitam kelihatan tenang ketika hadir ke mahkamah.

Pada 13 Jun lalu, pasangan suami isteri itu, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan, bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, telah mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan didakwa dilakukan di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini pada jam 12 tengah hari, 5 Disember 2023 hingga keesokannya pada jam 9.55 malam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum bawah Seksyen 31(1) akta sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ia beserta tambahan kepada apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan supaya orang yang disabitkan atas kesalahan di bawah subseksyen itu menyempurnakan bon dengan penjamin berkelakuan baik selama apa-apa tempoh dan dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh mahkamah serta melaksanakan khidmat masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Prosiding turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya, Anis Hakimah Ibrahim manakala peguam pemerhati dari Majlis Peguam Malaysia, oleh Vivek Sukumaran dan Jason Wee.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!