Wanita murung hilang empat hari ditemui selamat

Salina
Salina
A
A
A

DUNGUN - Seorang wanita mengalami masalah kemurungan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya di sini sejak empat hari lalu ditemui selamat.

Anaknya, Maisarah Zailan, 29, berkata, mereka sekeluarga bersyukur kerana ibunya itu telah pulang ke pangkuan keluarga.

"Kami sekeluarga bersyukur kerana mak saya ditemui dalam keadaan sihat dan selamat.

"Kami juga amat berterima kasih kepada semua pihak yang amat prihatin dan berusaha membantu dalam usaha pencarian mak saya," katanya kepada Sinar Harian, di sini, pada Jumaat.

Bagaimanapun, anak sulung daripada lima beradik itu berkata, dia tidak boleh mendedahkan lokasi ibunya itu ditemui atas beberapa faktor.

"Saya minta maaf, sebab atas persetujuan bersama ahli keluarga, kami tidak dapat mendedahkan lokasi mak saya ditemui," ujarnya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Salina gagal dikesan selepas keluar dari rumahnya sejak Isnin lalu.

Kali terakhir wanita itu dilihat oleh keluarganya menaiki kenderaan Perodua Alza berwarna putih dengan nombor plat W7115U.

Artikel Berkaitan:

Salina yang tidak menggunakan telefon bimbit juga tidak memberitahu kepada sesiapa tempat yang hendak dituju menyebabkan ahli keluarga sukar mengesan lokasinya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!