Perlu RM1.5 juta naik taraf masjid
KOTA BHARU - Maahad Tahfiz Quran Al Ikhwan (MTQIKHWAN) di Kampung Kota, di sini, memerlukan RM1.5 juta untuk menaik taraf masjid di maahad itu.
Pengetua MTQIKHWAN, Muhammad Hafiz Ikram Che Hassan berkata, kerja-kerja menaik taraf itu perlu dilakukan dengan kadar segera kerana masjid sedia ada sudah tidak dapat menampung pertambahan jemaah dan usang.
Menurutnya, keluasan semasa masjid ini adalah 232 meter persegi dan digunakan oleh 70 pelajar maahad bersama masyarakat sekitar untuk aktiviti ibadat dan kemasyarakatan.
“Kapasiti dewan solat ketika ini hanya dapat menampung sekitar 250 orang jemaah dan pelajar-pelajar sahaja sudah memenuhi dua per tiga ruang solat lelaki.
“Sehubungan itu, pihak masjid ingin menaik taraf dewan solat serta menukar bumbung masjid yang sudah reput dengandana diperlukan sebanyak RM1.5 juta,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Ujarnya, perkara yang ingin ditambah baik termasuk memperluaskan bahagian solat sebanyak 55.7 meter persegi bagi memuatkan lebih 300 jemaah.
Bagi yang ingin menyumbang boleh salurkan ke akaun Masjid Al Ikhwan Bank Rakyat 221181096980 atau Maahad Tahfiz Al Quran Al Ikhwan Bank Islam Malaysia Berhad 03120010020332 dan boleh menghubungi Muhammad Hafiz Ikram (016-2686356) atau Setiausaha MTQIKHWAN, Norhasharudin Awang (019-9078824) untuk maklumat lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!