[VIDEO] Tular kes Zayn Rayyan di Telegram: Pihak pembelaan masih belum terima maklum balas polis

A
A
A

PETALING JAYA - Pihak pembelaan kes Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, masih belum menerima maklum balas daripada pihak polis berhubung laporan ke atas akaun Telegram Edisi Siasat yang dibuat mengaitkan kes kematian kanak-kanak autisme itu.

Peguam, Fahmi Abd Moin berkata, akaun Telegram itu telah mengeluarkan mendakwa bahan bukti sebelum laporan polis dibuat pihaknya.

"Sehingga kini belum ada maklum balas daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama ada siasatan dibuka, ada tak siasatan dilanjut ke Jabatan Peguam Negara, kami tak ada maklumat.

"Kami baru sahaja terima gambar bedah siasat (Zayn Rayyan) hari ini (Jumaat) dan akan berbincang dengan anak guam serta keluarga sama ada akan buat laporan kedua berkaitan gambar itu sama ada benar atau tidak," katanya kepada pemberita di pekarangan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini pada Jumaat.

Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin mengadakan sidang media di hadapan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini. Foto Bernama
Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin mengadakan sidang media di hadapan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini. Foto Bernama

Tambahnya, sama ada benar atau sebaliknya, ia tidak dapat disahkan hari ini.

14 Jun lalu, keluarga Zayn Rayyan membuat laporan polis berhubung kandungan siasatan yang tular di akaun Telegram kononnya pembunuhan itu dilakukan ibu bapa kanak-kanak autisme itu.

Dalam pada itu, Fahmi turut memaklumkan pihaknya akan hadir semula ke mahkamah pada 18 September depan bagi tujuan pengurusan kes.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sebutan kali kedua pada Jumaat ditetapkan untuk pihak Timbalan Pendakwa Raya menyerahkan dokumen berkaitan perbicaraan di bawah Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

"Pihak kami terima sebahagian dokumen untuk bicara kelak, namun ada dua dokumen belum diserah iaitu laporan bedah siasat dan salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) oleh pihak pendakwaan.

"Atas sebab dan alasan itu, pihak pendakwaan memohon satu tarikh lanjut untuk serahan dokumen pada 18 September depan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!