Harimau Malaya di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman

Harimau Malaya
Harimau Malaya
A
A
A
KEMAMAN - Seekor Harimau Malaya atau nama saintifiknya Panthera Tigris Jacksoni sp merupakan spesies yang kian pupus di negara ini dipamerkan kepada pengunjung di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman ketika tinjauan baru-baru ini.

Harimau tersebut adalah spesies yang dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan diletakkan di bawah Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menganggarkan kurang daripada 200 harimau yang masih menghuni hutan di negara ini.

Populasi haiwan tersebut berkurangan disebabkan pemburuan haram yang didorong permintaan pasaran yang tinggi dalam pasaran gelap kerana hampir keseluruhan bahagian harimau mempunyai kegunaan dan khasiat tersendiri. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Perayaan

No Image Caption
GALERI

Pulang Bercuti

No Image Caption
GALERI

Koleksi Kupu-kupu

No Image Caption
GALERI

Runtuhan tebing Sungai Kelantan