Kerajaan Johor berikan hadiah kepada Albertine Leo

Albertine mendakap erat hadiah daripada menteri besar yang disampaikan oleh Tian Soon (kanan), pada Jumaat.
Albertine mendakap erat hadiah daripada menteri besar yang disampaikan oleh Tian Soon (kanan), pada Jumaat.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kanak-kanak yang menjadi mangsa culik, Albertine Leo Jia Hui, 6, menerima hadiah pemberian daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, di rumahnya hari pada Jumaat.

Hadiah itu disampaikan oleh Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon ketika berkunjung ke rumah kanak-kanak berkenaan.

“Saya mewakili kerajaan negeri mewakili menteri Bbesar, sempat menziarahi adik tersebut (Albertine Leo) hari ini (Jumaat).

“Menteri besar turut sampaikan salam kepada keluarga selain menyampaikan hadiah kepada Albertine.

“Pemberian hadiah itu diharap dapat membantu menggembirakan dan sekali gus membantu menenangkan dia (Albertine),” katanya ketika dihubungi, pada Jumaat.

Terdahulu menerusi satu klip video berdurasi 0.27 saat, Tian Soon dilihat mengunjungi keluarga kanak-kanak terbabit di rumah mereka.

Sempena kunjungan berkenaan, Tian Soon dilihat turut menyerahkan hadiah berkenaan seperti peralatan kelengkapan mewarna, beg sekolah kertas dan sebagainya kepada Albetine Leo.

Kanak-kanak tersebut, turut kelihatan gembira menerima hadiah-hadiah berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!