Rebut peluang daftar Agrobazaar Online di Karnival Rakyat Karangkraf

Pasukan FAMA Selangor sedia menanti para usahawan di reruai agensi itu selama tiga hari bermula Jumaat. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pasukan FAMA Selangor sedia menanti para usahawan di reruai agensi itu selama tiga hari bermula Jumaat. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Usahawan digesa merebut peluang mendaftarkan perniagaan menerusi platform Agrobazaar Online bagi memasarkan produk dengan lebih meluas.

Pembantu Ehwal Eonomi Kanan, Unit Regulatori Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Selangor, Mohd Isziuddin Ismail memaklumkan, pendaftaran tersebut boleh dibuat di reruai agensi itu sempena Karnival Rakyat Karangkraf.

"Mana-mana usahawan terutamanya di Selangor boleh datang untuk daftarkan diri bagi memasarkan produk mereka di Agrobazaar Online di sini," katanya ketika ditemui pemberita pada Jumaat.

Menerusi karnival yang berlangsung selama tiga hari itu, ujarnya, FAMA akan memberi tunjuk ajar kepada usahawan yang berminat.

"Petugas FAMA akan menanti kehadiran usahawan sekalian bermula jam 10 pagi sehingga 7 malam setiap hari sepanjang karnival berlangsung," jelasnya.

Reruai FAMA turut mendapat perhatian golongan muda. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
Reruai FAMA turut mendapat perhatian golongan muda. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Tambah Mohd Isziuddin, FAMA Selangor menyasarkan sebanyak 500 pendaftaran usahawan di platform Agrobazaar selama tiga hari karnival.

"Setakat ini seramai 800 usahawan yang terdiri daripada pelbagai sektor pertanian memasarkan produk mereka di Agrobazaar Online," katanya.

Artikel Berkaitan:

Agrobazaar Online merupakan satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) iaitu infrastruktur e-Dagang (e-Commerce) yang menjadi milik penuh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan diuruskan oleh FAMA.

MOHD ISZIUDDIN. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID
MOHD ISZIUDDIN. Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ia dilancarkan secara rasmi pada 5 Disember 2015 di Dataran Merdeka bersempena Sambutan 50 tahun penubuhan FAMA.

Sementara itu, menurutnya, reruai FAMA turut mengadakan pameran peraturan gred, pembungkusan dan lebel produk (GPL).

Jelasnya, pengunjung akan diberi pendedahan mengenai cara tepat mengenai gred produk, pembungkusan dan label.

"Di sini kami akan berikan kosultan kepada usahawan mengenainya," ulasnya.

Tambahnya, GPL amat penting untuk menjamin kualiti produk yang dipasarkan.

"Contohnya jika ada kes keracunan, FAMA boleh mengesan puncanya menerusi GPL, namun setakat ini belum ada sebarang kes keracunan dilaporkan," katanya.

Peraturan-Peraturan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan Keluaran Pertanian) yang juga dikenali sebagai Peraturan 3P telah pun diwartakan pada 18hb Ogos 2008.

Peraturan ini telah digubal berdasarkan Seksyen 3(2) (c) Akta 141 yang menjelaskan kuasa FAMA untuk melaksanakan aktiviti penggredan, pembungkusan dan pelabelan keluaran pertanian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!