Taufan Gaemi: Angka kematian meningkat kepada 33

Penduduk berjalan meredah becak berhampiran rumahnya yang musnah akibat Taufan Gaemi. Foto AFP
Penduduk berjalan meredah becak berhampiran rumahnya yang musnah akibat Taufan Gaemi. Foto AFP
A
A
A

MANILA - Angka kematian akibat banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh Taufan Gaemi dan monsun barat daya telah meningkat kepada 33 nyawa setakat ini, menurut polis pada Jumaat.

Xinhua melaporkan seramai 11 orang terbunuh di Manila, 12 di wilayah Calabarzon dan 10 di Luzon Tengah, termasuk seorang kru kapal tangki minyak yang karam di luar pantai wilayah Bataan pada Khamis.

Punca kematian dipercayai akibat lemas, tanah runtuh, pokok tumbang dan terkena renjatan elektrik.

Gaemi, taufan ketiga yang melanda Filipina tahun ini telah mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan di bandar-bandar dan kampung di seluruh negara, manakala ratusan ribu penduduknya terpaksa berpindah.

Pada 2013, Filipina dilanda taufan Haiyan yang mengorbankan lebih 7,000 orang. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!