UPSI rai atlet olahraga para negara sebelum ke Paris

Md Amin (depan, tengah) bersama atlet olahraga para negara selepas meraikan mereka Majlis Ramah Mesra di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah pada Khamis.
Md Amin (depan, tengah) bersama atlet olahraga para negara selepas meraikan mereka Majlis Ramah Mesra di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah pada Khamis.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meraikan pasukan Olahraga Para Negara yang akan mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024 menerusi Majlis Ramah Mesra di Scholar’s Suites, Kampus Sultan Azlan Shah di sini pada Khamis.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, majlis tersebut diadakan sebagai menghargai jasa mereka yang berjuang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Menurutnya, pasukan tersebut bertungkus lumus menjalani program latihan fasa akhir di UPSI bagi persediaan ke temasya Sukan Paralimpik Paris 2024yang dijadual bermula 28 Ogos hingga 8 September depan.

"Saya bangga atas pencapaian atlet Para Malaysia kerana terpilih mewakili negara ke Sukan Paralimpik seperti sukan olahraga, badminton, memanah, renang dan angkat berat.

"UPSI akan sentiasa komited dalam usaha membantu memajukan sukan negara menerusi kemudahan fasiliti sukan dan kepakaran dalam bidang Sains Sukan yang dimiliki," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Abdul Rahim Razalli dan Pengarah Pusat Sukan UPSI, Mohammad Faeez Mohamad Alias.

Sebelum ini, Majlis Paralimpik Malaysia mengumumkan seramai 29 atlet akan mewakili Malaysia ke Sukan Paralimpik Paris 2024 dari 28 Ogos hingga 8 September 2024.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, jumlah tersebut merupakan paling ramai yang pernah dihantar Malaysia ke kejohanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!