Kerajaan peruntuk RM6 juta untuk Angkasa, kukuhkan koperasi

Dari kiri: Mohd Zuki, Ewon, Anwar, Abdul Fattah, Ramanan pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Jumaat.
Dari kiri: Mohd Zuki, Ewon, Anwar, Abdul Fattah, Ramanan pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM6 juta diperuntukkan kepada Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) untuk memperkukuhkan koperasi dengan pelbagai program di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah tersebut, ia termasuk dengan peruntukan baharu sebanyak RM2 juta kepada Angkasa.

Menurutnya, penyaluran berkenaan terdiri daripada RM1 juta untuk program yang melibatkan koperasi Asean apabila Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi kumpulan tersebut pada 2025.

“Sebanyak RM2 juta juga diperuntukkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup untuk Jualan Rahmah, manakala RM2 juta lagi daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk Program Sejati Madani.

Abdul Fattah (dua dari kanan) memberikan resolusi yang dibentangkan kepada Ewon dalam Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024.
Abdul Fattah (dua dari kanan) memberikan resolusi yang dibentangkan kepada Ewon dalam Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024.

“Dua peruntukan lain sebanyak RM500,000 masing-masing untuk pembangunan dan latihan koperasi masjid di luar bandar.

“Kita mahu pastikan penglibatan orang ramai yang lebih luas dalam koperasi,” katanya pada Jumaat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick bersama timbalannya, Datuk Ramanan Ramakrishnan; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.

Anwar ketika berucap dalam Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Jumaat.
Anwar ketika berucap dalam Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar turut memaklumkan kerajaan bersetuju untuk meminda beberapa peruntukan undang-undang sekali gus menjadikan koperasi sebagai entiti perniagaan.

Katanya, draf cadangan pindaan ke atas undang-undang itu sedang dipersiapkan Jabatan Peguam Negara, sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

”Soal undang-undang Menteri (Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk) Ewon beritahu sudah ada kerangka awal dan dalam tempoh dua bulan akan datang apabila disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara, ia dibawa ke Jemaah Menteri untuk diluluskan.

”Saya percaya dengan melihat prestasi mereka, perkara itu boleh disegerakan," ujarnya lagi.

Lapan resolusi

Abdul Fattah menjelaskan lapan resolusi yang dimohon daripada kerajaan untuk mempertimbangkan dalam Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024.
Abdul Fattah menjelaskan lapan resolusi yang dimohon daripada kerajaan untuk mempertimbangkan dalam Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024.



Sementara itu, Abdul Fattah menjelaskan lapan resolusi kepada kerajaan untuk dimohon pertimbangan iaitu sektor koperasi hendaklah diiktiraf sebagai industri utama penyumbang kepada ekonomi negara.

Tambahnya, resolusi kedua adalah kerajaan dimohon untuk meminda undang-undang dan peraturan bagi mengiktiraf koperasi sebagai entiti perniagaan.

“Seterusnya, kerajaan hendaklah mengiktiraf kurikulum koperasi dalam sistem pendidikan dan menyediakan peruntukan mencukupi kepada gerakan koperasi seperti mana yang dinikmati perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS).

“Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai badan kawal selia, Angkasa pula badan pembangunan perniagaan dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) sebagai badan latihan serta pendidikan perlu diperkukuhkan lagi mandat atau peranannya,” jelasnya.

Anwar (tiga dari kanan) bersama Abdul Fattah (dua dari kiri) melihat reruai yang ada di sekitar Dewan Merdeka sempena Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Jumaat.
Anwar (tiga dari kanan) bersama Abdul Fattah (dua dari kiri) melihat reruai yang ada di sekitar Dewan Merdeka sempena Majlis Penutupan Kongres Koperasi Kebangsaan 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Jumaat.

Resolusi seterusnya yang dimohon untuk pihak kerajaan mempertimbangkan adalah mengembalikan pengurusan Tabung Kumpulan Wang Amanah bagi Pembangunan Koperasi.

No Image Caption



Ujarnya lagi, kumpulan wang anggota yang dikecualikan cukai dinaikkan daripada RM750,000 kepada RM1.5 juta untuk meningkatkan daya saing koperasi juga antara resolusi penting yang dimohon.

“Yang terakhir adalah dengan menubuhkan jawatankuasa kabinet untuk pembangunan koperasi yang dipengerusikan Perdana Menteri dan diurus bersama oleh Kuskop serta Angkasa,” katanya.

Selain itu, Abdul Fattah memaklumkan seramai 7.2 juta ahli koperasi yang bersamaan 20 peratus daripada rakyat di negara ini.

No Image Caption



Ujarnya, jumlah pendapatan mencatatkan sebanyak RM64.6 bilion daripada jumlah syer sebanyak RM17.4 bilion dengan jumlah aset sebanyak RM165.9 bilion pada 31 Disember tahun lalu.

“Pada masa ini, terdapat 15,809 koperasi berdaftar di seluruh negara,” tambahnya ringkas.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!