Karnival Rakyat Karangkraf cerminan kekayaan, kepelbagaian masyarakat

Datuk Armizan memukul gong sebagai simbolik perasmin Karnival Rakyat Karangkraf. Turut serta Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Firdaus Hussamuddin (dua dari kiri), Ketua Pegawai Eksekutif Group Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin (kanan) dan Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli (kiri).

A
A
A

SHAH ALAM - Karnival Rakyat Karangkraf yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat mencerminkan kekayaan dan kepelbagaian kaum di negara ini.

Berucap di majlis perasmian, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, karnival tahunan itu menjadi platform mengangkat dan menghargai warisan serta budaya tempatan yang unik.

Firdaus ketika berucap di majlis perasmian Karnival Rakyat Karangkraf, pada Jumaat.
Firdaus ketika berucap di majlis perasmian Karnival Rakyat Karangkraf, pada Jumaat.

"Penganjuran Karnival Rakyat anjuran Sinar Harian dan Karangkraf kali ini bukan sahaja menggamit nostalgia dan kenangan mengusik jiwa, bahkan memperkukuhkan identiti serta jati diri kita sebagai rakyat Malaysia," katanya pada Jumaat.

Ujarnya, karnival itu menghimpunkan sebanyak mungkin acara, mengangkat citra budaya antaranya pelbagai permainan rakyat, tarian tradisional, dikir barat, gamelan, tarian singa, beca, syair dan macam-macam lagi.

"Semua ini adalah cerminan kekayaan dan kepelbagaian masyarakat malaysia.

"Atas tema rakyat itu jugalah, kita merasakan individu dan kementerian terbaik untuk bersama-sama kita pada karnival ini tidak lain dan tidak bukan iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sendiri," katanya.

Turut hadir Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali; Ketua Pegawai Eksekutif Group Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin dan Ketua Pengarang Kumpulan, Zamri Rambli.

Artikel Berkaitan:

Armizan tiba di Kompleks Karangkraf disambut oleh Firdaus (kiri), Farah (dua dari kiri) dan Zamri (kanan).
Armizan tiba di Kompleks Karangkraf disambut oleh Firdaus (kiri), Farah (dua dari kiri) dan Zamri (kanan).

Firdaus berkata, KPDN merupakan antara kementerian yang rapat dengan rakyat terutamanya peranan pentingnya membantu rakyat dalam konteks ekonomi dan kesejahteraan sosial.

"Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Armizan kerana bersetuju membawakan Jualan Rahmah Madani sepanjang tiga hari karnival dengan tarikan utamanya ‘jualan barang harian tidak masuk akal’, malah ada harga paling istimewa pada 'happy hours'," katanya.

Dalam pada itu, Armizan merasmikan Karnival Rakyat Karangkraf dengan memukul gong sebagai simbolik perasmian.

Selain itu, beliau turut meluangkan masa ke reruai pamperan termasuk Jualan Rahmah Madani dengan mengumumkan harga istimewa barangan keperluan yang dijual.

Armizan memotong pulut kuning sempena sambutan Sinar Harian ke-18 yang akan disambut pada 31 Julai.
Armizan memotong pulut kuning sempena sambutan Sinar Harian ke-18 yang akan disambut pada 31 Julai.

Armizan juga memotong pulut kuning sempena ulang tahun ke-18 Sinar Harian pada Rabu depan.

Beliau kemudiannya hadir ke program Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!