PDRM umum 22 pertukaran pegawai kanan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jumaat mengumumkan pertukaran 22 pegawai kanannya berkuat kuasa 26 Ogos ini.

Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman, Datuk Kamaruzaman Abdullah bagi pihak Setiausaha Polis Malaysia memaklumkan pertukaran itu antaranya melibatkan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Datuk Suryani Sungit yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisoner Polis.

Turut bertukar ialah Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Sabah, Asisten Komisioner Abdul Rahman Kassim yang dilantik sebagai SAC Dasar Strategik PDRM, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

"Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz pula dilantik sebagai SAC Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner, manakala jawatannya diambil alih Ketua Polis Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, Superintenden Aidi Sham Mohamed dengan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Selain itu, Ketua Penolong Pengarah Perisikan/Siasatan Khas Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Bahagian Wildlife Crime Bureau/Perisikan dan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Pertukaran lain ialah Ketua Polis Daerah Semporna, Sabah, Superintenden Mohd Farhan Lee Abdullah yang dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuching, Sarawak manakala Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Johor, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani dinaikkan kepada Ketua Polis Daerah Batu Pahat, dengan kedua-duanya memangku pangkat Asisten Komisioner Polis.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Johor, Superintenden Hussin Zamora pula bertukar ke Ketua Jabatan Pengurusan Johor dengan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis manakala Ketua JIPS Pahang, Asisten Komisioner Sulaiman Staffa bertukar ke Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling JIPS dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Jawatan Sulaiman akan diisi oleh Ketua JIPS Melaka, Superintenden Amirudin Mohd Salleh yang akan memangku pangkat Asisten Komisioner Polis.

Artikel Berkaitan:

Kamaruzaman berkata, Penolong Pengarah Perjawatan (Pegawai Diwartakan) Cawangan Perjawatan Bahagian Perkhidmatan/ Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengekalkan jawatan tersebut dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!