'Jangan cuba tutup kes buli, keracunan makanan di MRSM, IPMa' - Asyraf Wajdi

Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi
A
A
A

SHAH ALAM – Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam cubaan untuk menutup perilaku buli mahu pun kejadian keracunan makanan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) atau Institut Pendidikan Mara (IPMa).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, pihaknya telah meminta Mara untuk menyiasat perkara tersebut.

“Maaf ya! Bab kebajikan dan keselamatan pelajar adalah keutamaan saya. Jika saya tahu wujud kes-kes seumpama ini dan cubaan untuk menutupnya, saya akan ambil tindakan tegas.

Hantaran di laman facebook, Asyraf Wajdi.
Hantaran di laman facebook, Asyraf Wajdi.

“Jangan ada sebarang cubaan untuk menutup perilaku buli mahupun kejadian keracunan makanan di MRSM ataupun mana-mana IPMa.

“Kebajikan pelajar lebih utama daripada nak jaga nama. Tiada kompromi!” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.

Asyraf Wajdi berkata demikian susulan insiden buli di sebuah MRSM selain kejadian keracunan makanan di sebuah lagi MRSM di selatan tanah air.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya telah meminta kes keracunan makanan di sebuah MRSM di selatan tanah air disiasat.

Artikel Berkaitan:

"Menurut ibu bapa pelajar, kejadian berkenaan (keracunan makanan) sudah berlaku beberapa kali tahun ini.

“Begitu juga dengan kes buli, ada pihak yang sengaja tak mahu panjangkan dan nak tutup isu ini daripada pihak atasan kerana kononnya nak jaga nama takut terpalit," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!