Deretan kedai warga asing digempur Imigresen

JIM Kuala Lumpur menahan 34 PATI dalam operasi di deretan premis kedai Kompleks Damai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Jumaat.
JIM Kuala Lumpur menahan 34 PATI dalam operasi di deretan premis kedai Kompleks Damai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dereten kedai makan, runcit dan gunting rambut di Kompleks Damai, Jalan Ipoh, di sini, yang dipercayai diusahakan warga asing, digempur Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Operasi Ops Selera dan Ops Belanja bermula jam 5.15 petang itu dijalankan susulan aduan awam dan risikan selama dua minggu.

Sinar Harian yang menyertai operasi itu mendapati beberapa premis runcit menjual bungkusan sireh selain dilengkapi dengan kolam tangki ikan serta beberapa sangkar haiwan ternakan seperti ayam dan itik.

Malah, pekerja kedai terbabit juga mengakui kebanyakan pengunjung terdiri daripada kalangan warga asing.

Wan Mohammed Saupee
Wan Mohammed Saupee

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, serbuan bertindak menahan 34 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita hasil pemeriksaan 52 individu.

Katanya, PATI yang ditahan terdiri daripada 22 Bangladesh, Pakistan (5), India (4), Nepal (2) dan seorang Indonesia.

"Antara kesalahan yang disyaki dilakukan PATI ialah tidak mempunyai pas atau permit sah untuk tinggal di Malaysia, tinggal lebih masa dan gagal patuhi syarat-syarat pas.

Artikel Berkaitan:

Antara warga asing yang diperiksa JIM Kuala Lumpur dalam operasi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Antara warga asing yang diperiksa JIM Kuala Lumpur dalam operasi di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Jumaat.

"Kesemua tangkapan berusia 30 hingga 63 tahun dibawa ke Pejabat JIM Kuala Lumpur untuk tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya selepas operasi di sini pada Jumaat.

Tambah beliau, JIM akan sentiasa melaksanakan operasi penguatkuasaan secara 360 darjah iaitu tindakan undang-undang dijalankan terhadap semua pihak.

Tegasnya, ini bukan sahaja tindakan terhadap PATI, tetapi juga majikan dan pihak yang bersekongkol melindungi PATI tanpa kompromi demi menjaga kedaulatan negara serta keselamatan awam.

Sangkar yang dimuatkan haiwan ternakan ayam dan itik di sebuah kedai runcit di Kompleks Damai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Sangkar yang dimuatkan haiwan ternakan ayam dan itik di sebuah kedai runcit di Kompleks Damai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!