IAIS Malaysia diharap jadi koordinasi isu komuniti Muslim peringkat antarabangsa

Anwar ketika mengadakan perjumpaan dengan Maszlee selaku Pengerusi IAIS Malaysia, pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar ketika mengadakan perjumpaan dengan Maszlee selaku Pengerusi IAIS Malaysia, pada Jumaat. Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Badan pemikir Islam, International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS) Malaysia, diharap dapat terus memainkan peranan utama mengkoordinasi isu-isu dihadapi komuniti Muslim di peringkat antarabangsa.

Perkara itu dikongsikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebooknya malam ini, susulan perjumpaan beliau dengan Pengerusi IAIS Malaysia, Dr Maszlee Malik hari ini, bagi membincangkan hala tuju dan pelan tindakan institut itu untuk tempoh jangka panjang.

Perjumpaan membincangkan hala tuju dan pelan tindakan IAIS Malaysia untuk tempoh jangka panjang. Foto Facebook Anwar Ibrahim
Perjumpaan membincangkan hala tuju dan pelan tindakan IAIS Malaysia untuk tempoh jangka panjang. Foto Facebook Anwar Ibrahim

"Sejak ditubuhkan pada 2008, IAIS Malaysia telah memainkan pelbagai peranan penting bagi mempromosikan identiti Muslim yang positif dan memupuk kesepaduan dalam kalangan komuniti Muslim serta ummah amnya di peringkat antarabangsa.

"Paling utama, IAIS Malaysia telah menyumbang kepada pembangunan soft diplomacy negara, serta memastikan pelaksanaan libat urus melalui dialog antara negara-negara di peringkat antarabangsa, terutamanya negara Muslim, hatta hal ini selari dengan aspirasi konsep pendekatan Madani selaras dengan dasar negara,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!