Rapid KL lanjut operasi LRT Bukit Jalil hingga 1 pagi Ahad ini

Rapid KL akan melanjutkan operasi stesen LRT Bukit Jalil esok sehingga 1 pagi, Ahad bagi memenuhi keperluan operasi di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil. Gambar hiasan
Rapid KL akan melanjutkan operasi stesen LRT Bukit Jalil esok sehingga 1 pagi, Ahad bagi memenuhi keperluan operasi di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL akan melanjutkan operasi stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil esok sehingga 1 pagi, Ahad bagi memenuhi keperluan operasi di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil.

Prasarana dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan semua stesen sambungan turut dilanjutkan bagi membolehkan pengguna meneruskan perjalanan ke destinasi akhir.

"Pengguna diminta menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan.

"Sila guna kad Touch ‘n Go bagi kelancaran perjalanan,” menurut kenyataan itu.

Terdapat tiga acara menarik akan berlangsung di sekitar Kompleks Sukan Bukit Jalil, esok iaitu Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur dan Konsert Rianie Yang 2024 di Axiata Arena.

Selain itu, program Nihon Matsuri 2024 yang bermula sejak semalam hingga Ahad ini turut diadakan di tempat parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!