JDT perkukuh cengkaman di puncak Liga Super

Bergson dikasari pertahanan Terengganu FC, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazli. Foto FB Johor Southern Tigers
Bergson dikasari pertahanan Terengganu FC, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazli. Foto FB Johor Southern Tigers
A
A
A

PENDAHULU Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di puncak apabila menewaskan Terengganu FC (TFC) 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Bermula garang sebaik wisel permulaan, JDT membuka jaringan pada minit ke-6, hasil rembatan tonggak import, Heberty Fernandes.

Bagai mendapat semangat baharu, kesebelasan Harimau Selatan dilihat semakin hebat mengasak ke gawang pelawat bagi menambah jaringan.

Kesebelasan JDT. Foto FB Johor Southern Tigers
Kesebelasan JDT. Foto FB Johor Southern Tigers

Usaha tersebut membuahkan hasil, namun rembatan pemain import, Juan Muniz pada minit ke-12, tinggi melepasi palang.

TFC terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazli dilayangkan kad merah pada minit ke-31, setelah didapati mengasari penyerang, Bergson Da Silva dalam kotak penalti.

Kesempatan itu dimanfaatkan sebaiknya oleh Bergson apabila menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-32, untuk tuan rumah selesa memimpin perlawanan hingga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua menyaksikan JDT meneruskan asakan ke gawang pelawat, dalam usaha menambah jaringan.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kesebelasan skuad penyu dilihat berjaya mengekang asakan-asakan berkenaan sambil sesekali mengatur asakan ke gawang tuan rumah.

Sebaliknya, hasil satu serangan balas, Bergson sekali lagi mencatatkan nama selaku penjaring apabila menanduk masuk hantaran cantik Juan Muniz untuk gol ketiga JDT pada minit ke-64.

Minit ke-91, menyaksikan Bergson melengkapkan hatrik apabila meledak gol keempat perlawanan untuk kemenangan bergaya skuad Harimau Selatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!