Kompleks Masjid As-Syakirin mampu tampung hingga 2,000 jemaah

Kompleks Masjid As-Syakirin.
Kompleks Masjid As-Syakirin.
A
A
A

CHERAS - Kompleks Masjid As-Syakirin yang bernilai RM27 juta akan dibina di atas tanah seluas lebih dua hektar di Seksyen 1, Bandar Mahkota Cheras di sini.

Pengerusi Masjid As-Syakirin, Wan Mohd Jefri Wan Ibrahim berkata, masjid itu akan dapat menampung 1,500 hingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa selain dilengkapi kemudahan seperti dewan serba guna, tandas, tempat wuduk, bilik pengurusan jenazah dan kuarters.

“Anggaran kos pembinaan kompleks masjid ini adalah sebanyak RM27 juta dan akan dibina menerusi dua fasa.

“Fasa Satu dengan kos lebih RM 8.8 juta iaitu pembinaan bangunan masjid dengan ruangan solat dilengkapi penyaman udara manakala fasa kedua dijangka menelan kos lebih RM18 juta bagi binaan keseluruhan kompleks dan keseluruhan infrastruktur,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, bermula pada tahun 2004 jemaah menggunakan seunit rumah di Seksyen 2 sebagai surau sementara dan diubah suai pada 2009 bagi menampung pertambahan jemaah hingga 1,500 sebelum Jabatan Agama Islam Selangor mentauliahkan Surau As-Syakirin untuk solat Jumaat.

“Jawatankuasa Penaja Pembinaan Masjid kemudian diwujudkan bagi membuat permohonan supaya kawasan sedia ada dibina sebuah kompleks masjid dan diluluskan.

“Kami melakukan penyewaan tapak perniagaan bagi mengumpul dana, menganjurkan karnival mini, mewujudkan tabung dan melakukan pengiklanan di media sosial serta televisyen,” katanya.

Bagi yang ingin membantu dan memberi sumbangan boleh disalurkan ke akaun Jawatankuasa Pembinaan Masjid As-Syakirin akaun CIMB BANK 8604708405 atau boleh menghubungi Wan Mohd Jeffri di talian 019‐3697817 atau Ketua Biro Infak Masjid As-Syakirin, Rasol Abu Bakar 016-4440434.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!