Pembawa bendera Israel di Olimpik bom penduduk Gaza

Mesej ditulis Paltchik pada bom yang bakal digugurkan ke Gaza dan memuat naiknya di X. Foto Agensi
Mesej ditulis Paltchik pada bom yang bakal digugurkan ke Gaza dan memuat naiknya di X. Foto Agensi
A
A
A

PEMBAWA bendera Israel di Sukan Olimpik Paris 2024, Peter Paltchik adalah individu sama yang menulis mesej berbaur provokasi pada bom yang dibedil untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza.

Paltchik, 32, dilihat dengan bangganya mengibarkan bendera negara haram Israel semasa majlis pembukaan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung di sepanjang Sungai Seine awal pagi Sabtu (1.30 pagi waktu Malaysia).

Atlet judo itu menulis “Daripada saya kepada anda dengan senang hati," dengan tanda pagar 'Hamas adalah ISIS' dan 'Israel berperang' berserta tandatangannya.

Kiriman di X yang kini telah dipadam itu muncul semula menjelang beberapa hari sebelum majlis pembukaan Olimpik dan telah mencetuskan kemarahan pengguna media sosial.

“Kehadiran Israel akan menjadikan Sukan Olimpik ini dikenang sebagai Sukan Genosid,” tulis beberapa kiriman yang dikongsi oleh banyak akaun di X, termasuk wartawan sukan yang berpangkalan di London, Leyla Hamed.

Israel mempromosikan perbandingan antara Hamas dan kumpulan militan Daesh dalam konflik yang tercetus 7 Oktober tahun lalu di selatan Israel yang menyebabkan sekitar 1,190 orang terbunuh.

Paltchik pembawa bendera Israel di semasa majlis pembukaan Olimpik di Sungai Seine. Foto Agensi
Paltchik pembawa bendera Israel di semasa majlis pembukaan Olimpik di Sungai Seine. Foto Agensi

Pegawai Israel kerap mendakwa bahawa serangan Hamas ke atas komuniti di selatan Israel menyaksikan pemenggalan bayi dan kekejaman lain tetapi gagal memberikan sebarang bukti.

Artikel Berkaitan:

Hamas sebelum ini menegaskan pencerobohannya adalah sebagai tindak balas kepada pendudukan Israel selama berdekad-dekad ke atas wilayah Palestin dan serangan berterusan terhadap rakyat Palestin.

Kumpulan itu mengakui kesilapan pada 7 Oktober, tetapi menafikan dakwaan berkaitan dengan bayi dan pembunuhan kejam yang lain.

Sejak itu, serangan udara dan darat tanpa henti Israel – yang terbesar pernah berlaku di Gaza – telah membunuh lebih 39,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sebahagian besar bom yang digugurkan Israel di Gaza dibekalkan Amerika Syarikat (AS) di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebelum ini tidak mengendahkan desakan banyak pihak supaya Israel dilarang menyertai Olimpik di Perancis ekoran tindakan genosidnya ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Sebagai rekod, Afrika Selatan diharamkan daripada menyertai Olimpik dari 1964 sehingga 1988 kerana ia mengamalkan dasar Aparteid.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengisytiharkan Israel sebagai negara Aparteid namun kehadiran atlet mereka di Paris dialu-alukan Presiden Emmanuel Macron.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!