Johor perkenal sekolah rintis tahun depan - Onn Hafiz

Sekolah rintis Johor atau "pilot schools" bakal diperkenalkan di negeri ini sejajar titah Tunku Mahkota Ismail bermula tahun depan.
Sekolah rintis Johor atau "pilot schools" bakal diperkenalkan di negeri ini sejajar titah Tunku Mahkota Ismail bermula tahun depan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sekolah rintis Johor atau 'pilot schools' bakal diperkenalkan di negeri ini, bermula tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sekolah rintis berkenaan merupakan langkah permulaan mencorakkan masa depan pendidikan bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.

Menurut beliau, ia sejajar dengan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti.

"Dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, sekolah rintis ini adalah langkah permulaan untuk mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor yang lebih maju dan berdaya saing.

"Tumpuan khusus akan diberikan terhadap penguasaan Sains, Teknologi, Engineering, Matematik (STEM) dan Bahasa Inggeris.

"Sebagai permulaan, ia akan melibatkan dua sekolah rendah dan dua sekolah menengah yang sedang ditentukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor," katanya menerusi muat naik di Facebook pada Sabtu.

Onn Hafiz berharap sekolah rintis yang dirancang memberi manfaat kepada masa depan negeri.

"Semoga apa yang dirancang ini akan membuahkan hasil yang baik demi masa depan Johor. Sama-sama kita doakan," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!