Niat timba pengalaman, tidak sangka menang: Johan Deklamasi Sajak

Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Telok Panglima Garang, Nurzahira Naquiyah Sulaiman dinobatkan sebagai johan Pertandingan Deklamasi Sajak sempena Karnival Rakyat Karangkraf 2024 pada Jumaat.
Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Telok Panglima Garang, Nurzahira Naquiyah Sulaiman dinobatkan sebagai johan Pertandingan Deklamasi Sajak sempena Karnival Rakyat Karangkraf 2024 pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Bermula dengan niat untuk menimba pengalaman, seorang pelajar Sekolah Menengah Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor tidak menyangka cubaan pertamanya berakhir dengan kemenangan sebagai johan Pertandingan Deklamasi Sajak sempena Karnival Rakyat Karangkraf 2024 pada Jumaat.

Pelajar Tingkatan Lima, Nurzahira Naquiyah Sulaiman berkata, meskipun berdepan dari segi kekangan masa dan pengurusan waktu belajar, namun dia berjaya membawa kemenangan bagi kategori Sekolah Menengah Atas (SMA) sekaligus mengharumkan nama serta imej sekolahnya.

“Kebelakangan ini memang saya tidak sihat, pada masa sama saya juga kena belajar intonasi suara, jadi perkara itu ambil masa.

“Ini kali pertama saya sertai kerana sebelum ini saya hantar menyertai pidato sahaja, tidak pernah cuba bersajak.

“Alhamdulillah saya tidak sangka, saya tidak mengharap untuk menang pun kerana saya hanya untuk mengambil pengalaman tetapi setelah menang, saya bersyukur,” katanya kepada Sinar Harian selepas Pertandingan Deklamasi Sajak yang berlangsung di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Sebahagian peserta deklamasi sajak berdebar menanti giliran untuk membuat penampilan mereka.
Sebahagian peserta deklamasi sajak berdebar menanti giliran untuk membuat penampilan mereka.



Pertandingan dengan kerjasama Bank Rakyat itu turut mempertandingan dua lagi kategori iaitu peringkat Sekolah Menengah Rendah (SMR) dan Sekolah Rendah (SR).

Dalam pada itu, tempat pertama bagi kategori Sekolah Menengah dimenangi oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Utama, Subang Jaya.

Artikel Berkaitan:

Manakala, pelajar, Izz Aydin Abdul Latif dari Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Hulu Langat pula meraih johan bagi kategori Sekolah Rendah.

Johan pertandingan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM100, diikuti hadiah naib johan berjumlah RM70 dan tempat ketiga membawa pulang RM50.

Ketiga-tiga tempat tersebut turut menerima pemberian hadiah trofi dan sijil pencapaian.Bagi pemenang tempat keempat dan kelima pula memenangi hadiah hamper bersama sijil pencapaian.

Para pemenang ceria dengan hadiah dimenangi masing-masing.
Para pemenang ceria dengan hadiah dimenangi masing-masing.



Pada 17 Julai, seramai 60 pelajar sekolah rendah dan menengah di Selangor menyertai pertandingan deklamasi sajak peringkat negeri tersebut selama dua hari bermula Jumaat ini.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, pertandingan deklamasi sajak bertemakan bebas tersebut akan berlangsung pada dua sesi berlainan iaitu jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 26 Julai dan jam 2 hingga 4.30 petang pada 27 Julai bertempat di Studio My #QuranTime di Kumpulan Karangkraf, Seksyen 15.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!